Sunday, December 31, 2006

Tuesday, December 26, 2006

Talam Ubi Kayu

Talam Ubi Kayu
source : E - book Variasi Kue Talam
Bahan :

Lapisan atas :
150gm ubi kayu (org jakarte bilang : singkong) parut halus
90gm gula
15gm koko
1 sudu teh agar2 powder (white colour atau yg bening)
100cc santan pekat
4 ketul nangka (potong2 kecik bentuk segiempat-nangka nie utk taburan diatasnya sahaja)
sedikit minyak masak utk sapu loyang

Cara membuat lapisan atas:
1.panaskan pengukus.
2.mix semua bahan lapisan atas tu (kecuali nangka) gaul sehingga rata (guna tangan jee).
3.siapkan loyang/cetakan kecik2, sapu minyak masak sikit,pastu taburkan sedikit nangka yg sudah di potong kecik2 pastu tuang adunan lapisan atas n kukus selama 15 minit dengan api medium.(jangan lupa tutup loyang dgn alumunium foil sehingga air kukusan tak masuk)

Lapisan Bawah :
400cc santan
50gm gula
30gm tepung beras
75cc air sejuk
50gm tepung sago
secubit garam

Cara membuat lapisan bawah :
masak air 75cc tuu..masukan tepung beras..kacau sehingga rata dan jadi bubur.masukan gula,santan, secubit garam dan tepung sago.kacau lagi sehingga rata dan tercampur betul..pastu saring.tuang adunan nie pada loyang yg tengah di kukus tadi.dan kukus lagi selama 7 minit.(atau sampai masak).

Thursday, December 21, 2006

Caramel Durian

Bahan A :
5 bijik telur
500ml santan (ayu guna brand kara yg powder tu, campur dengan 500ml air masak)
3 sudu makan custard flour (boleh juga guna cornflour)
3 ketul durian yg sedang besarnya,ambil dagingnya dan buang bijinya :-))
100gm gula

Caramel :
150 gm gula
3 sudu makan air masak

Cara membuat :
1.panaskan kukusan
2.blend durian yg udah dibuang bijiknya dgn 250ml santan.
3.buat caramel,masak gula sehingga kemerahan, beri 3 sudu makan air dan kacau sehingga rata. tuang dan ratakan didasar loyang/mangkuk tahan panas.ketepikan.
4.kacau guna garpu telur+gula+custard flour sampai rata.dan gula larut,masukan durian yg sudah di blend tadi.last masukan sisa santan yg 250ml tadi.kacau sampai rata dan saring .

bagi adonan jadi dua, masing2 beri 2 titik pewarna hijau dan pink. tuang adunan hijau ke loyang yg sudah ada caramelnya tadi dan kukus selama 15 menit.apabila permukaan sudah agak keras,tuang adunan warna pink ,tutup loyang dgn alumunium foil dan kukus selama 40 menit.
apabila sudah masak jangan langsung dikeluarkan dari loyang..nanti hancuss..sejukkan dahulu,dah sejuk masuk peti ais jap..makan sejuk2 lebih asik :-))

Tuesday, December 19, 2006

ROTI CANAI

ROTI CANAI

Sumber - MamaFaMi


Ingredients :

500 g flour /tepung
300 ml water /air
1 egg telur
1 teaspoon salt /garam
2 tablespoons condensed milk /susu pekat
1 tablespoon shortening /shortening

Method :

1. Prepare the ingredients.
Sediakan bahan-bahan ke dalam mixer

2. Dissolve salt in water.
Larutkan garam dalam air

3. On the mixer and pour in the salt water bit by bit...
Masukkan sedikit air garam dalam mixer, masuk sikit-sikit.

4. ...till soft and smooth dough is formed.
Buat sehingga menjadi doh

5. Make into 11 small balls.
Bulatkan kepada 11 biji bebola

6. Coat with margarine and keep for at least 2 hours. The longer the better. I kept it overnight in the fridge.
Lumurkan dengan majerin dan perap dalam 2 jam. Lebih lama lebih baik. kalau semalaman lagi baikkkkkkkkk. ..

7. Pour some oil and margarine in a bowl.
Masukkan sedikit campuran minyak dan majerin dalam mangkuk

8. Grease the table with a bit of oil and flatten one small dough. Spread a bit of oil on the flatten dough.
Korang guna laa meja kat rumah tu.. hehehe.. minyakkan dan tepekkan sebijik doh tadi.. dan tarik-tarik. . ataupun guna dulang macam Leen.

9. Hold the dough as shown in the photo and start 'throwing' (tebar aa..bukan buang! Hahaha!)..
Yang ni.. mama takmo translate laaa.. hahahaha

10. Pull the sides of the dough to get a thinner sheet. Sprinkle with a bit of # 7.
Tarik-tarik tepi doh tu sehingga menjadi nipis dan renjis dengan minyak dan majerin tadi

11. Bring the sides to the center.
(buat ikut gambar laaa.... wakakaka)

12. ...to form a long dough.
(tengok gambar jugak... )

13. Hold upwards and swirl it.
(tak pandai laaa... hahahaha)

14. Leave it for half an hour.
(Ketepikan dalam setengah jam)

15. Flatten it.
Tekan-tekan skit

16. And keep it in a container, each piece must be layered with a small piece of plastic. Or otherwise, fry on a hot pan with a bit of oil.

Boleh terus disimpan dalam bekas, lapikkan dengan plastik pada setiap keping. Kalau nak makan boleh digoreng terus..

PIZZA

PIZZA YANTI

Bahan2 doh

500 grm high protein flour (tepung roti)
1 peket Mauripan
1 tsp bread improver
1 tsp garam
300 grm air sejuk (yg dlm peti es tu)
25 grm olive oil
Oregano 1tsp

Cara2 membuat doh

1. Putarkan tepung, mauripan, oregano & bread improver, saya guna kenwood mixer..so guna no. 1 dulu...
2. Masukkan air (yg telah dicampurkan dengan garam) secara sedikit-sedikit , gaul sebati kedalam adunan tepung tadi sehingga sebati, kira2 2 minit(saya guna no. 2)
3. Akhir sekali masukkan olive oil tadi...biarkan minyak bersatu dgn tepong tadi...kira2. . 5-10 minit sampai adunan licin.
4. Keluarkan doh tadi...bahagikan kpd 2...biarkan doh rehat kira2.. 15 minit kot...asal nampak doh dah naik gebu tu...
5. Bila dah naik gebu...barulah dicanai & taburkan segala mak nenek keatasnya.(sebelum tabur...cocokkan sedikit doh dgn garpu)

Bahan2 utk Gravy

3 tbsp sos tomato ]
1 tbsp sos cili ]
3 tbsp puree tomato ] dicampurkan sekali, gaul rata..masak atas api sehingga pekat...
1 tbsp corn flour ]
gula & garam secukup rasa ]

Bahan2 tabur utk Beef Pizza

400 grm daging/ayam hancur/cincang
3 tbsp sos tomato
3 tbsp sos cili
1/2 tin kecil puree tomato ] kesemua bahan2 ni dicampurkan sekali & diperap 1/2 jam, barulah di masak sehingga kering
1 tsp serbuk lada sulah
1 tsp oregano
1-2 helai bay leaf
garam & gula secukup rasa

Cara2 menabur gravy

1. Sapukan gravy rata2...taburkan oregano secubit...daging yg dah dimasak tadi, cili benggala, tomato, nenas kiub, button mushroom & mozarella cheeseeeee.. .
2. Panaskan aben 180 celcius, bakar selama 20 minit
3. MAKAN LERRR....YUMMYYYY. ..

BINGKA CRACKERS

BINGKA CRACKERS KAK ZUE

350gm gula kaster
170gn tepung gandum
600ml santan
850 ml air paip
6 biji telur
1 tsp garam
2 tbsp QBB
300gm biskur crackers (Hup seng) - di pecah2 dan campur pewarna kuning

cara-caranya: -

1. Satukan gula dan tepung
2. Bancuh dengan santan dan air tadi.
3. Masukkan telur, tapis ke dlm periuk
4. Masukkan bahan2 lain , garam QBB dan pewarna
5. Masak di atas api sehingga naik wap.
6. Tuang ke dalam loyang 10 x 10 dan bakar.
7. Loyang sapu minyak.

Sunday, December 17, 2006

Biskut Cheese

Biskut Cheese
Sumber : Deeyanas

190 gm mentega
40 gm sugar
1/4 sudu teh garam
150 gm tepung gandum
140 gm top flour
4 sudu makan parmesan cheese
kraft cheese (untuk tabur atas biskut)

Pukul mentega dan gula icing hingga kembang.
masukkan garam, parmesan cheese, tepung dan kuar rata.
Canai dan terap mengikut bentuk kesukaan.
Sapu kuning telur dan tabur dengan kraft cheese dan bakar hingga masak.

Friday, December 15, 2006

Mee Hoon Goreng

Bahan-bahan
1 kg mee hoon (rendam sampai lembut bukan lembik ye)

Bahan Kisar
1 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili kering
5 sudu besar udang kering

Udang seberapa banyak yang nak
4 sudu besar tomato sos
3 sudu besar kicap masin
Garam secukup rasa

Bahan sayuran
Kobis cina
Carrot

Bahan Hiasan
Daun bawang
Telur dadar
Cili potong

Cara Membuatnya
1. Tumis bahan-bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkan sayur-sayuran dan udang. Tumis sekejap saja.
3. Masukkan sos dan kicap dan sedikit air dan garam.
4. Masukkan mee hoon yang telah direndam tadi. Goreng sampai sekata.
5. Taburkan daun bawang yang telah dihiris dan telur dadar gulung. Cili buat hiasan saja :)

Thursday, December 14, 2006

KULFI

[from 'Ice-cream & desserts', Periplus mini cookbook]

2 cawan susu

¾ cawan gula

1 sudu tepung jagung

375 ml evaporated milk

2 sudu chopped almond

2 sudu chopped pistachio

2 sudu rosewater [blh ganti dgn esen vanilla, x pon leh ganti dgn esen lemon,]



1. Panaskan susu dan gula sehingga gula larut

2. Larutkan tpg jagung dgn sedikit evaporated milk dan masukkan dlm bancuhan [1]

3. Panaskan [2] selama beberapa minit atau sehingga larutan sedikit pekat.

4. Biarkan sejuk seketika, kemudian masukkan lebihan evaporated milk, esen serta potongan kekacang

5. Masukkan dlm bekas utk disejukkan dlm peti ais sehingga keras sedikit

6. Keluarkan, masukkan dlm bekas dan pukul sehingga creamy.

7. Masukkan semula di dalam bekas untuk disejukkan semula

8. Dah cukup keras... jom le makan...

LOH MAI KAI




LOH MAI KAI (utk 20 mangkuk)

A/

1kg beras pulut-rendam 4 jam

2Tb minyak

4 ulas bawang putih-cincang

1/2tsp garam

1/2Tb gula

2Tb kicap pekat

2Tb kicap cair

1/2Tb minyak bijan

1/2 cube stok ayam



B/

20 cendawan kering-basuh, rendam dalam 1 jam

3 ulas bawang putih

2Tb kicap pekat

1tsp lada sulah



C/

20 biji telur puyuh-rebus dan buang kulit



D/

1 ekor ayam kecil-potong dalam 20)

2Tb oyster )

2Tb kicap cair )

1Tb kicap pekat ) perap 4 jam

2Tb minyak bijan )

2Tb gula )

1/2Tb tepung jagung )



E/

Bawang goreng



1. Perap bahan2 D dalam 4 jam.

2. Toskan beras pulut yang direndam. Masukkan minyak dalam kuali dan tumis bawang cincang. Masuk beras, garam, gula, kicap, minyak bijan dan stok ayam. Goreng hingga naik bau dan sebati. Ketepikan.

3. Cendawan yang direndam tadi, squeezekan airnya dan simpan air rendam tadi (untuk guna kemudian)

4. Tumis bawang putih dan masukkan cendawan, kicap dan lada sulah hingga masak. Ketepikan.

5. Masak air untuk kukus. Sediakan bekas atau mangkuk. Susun ayam, cendawan dan telur puyuh bersebelahan. Masukkan beras yang sudah bergoreng tadi hingga ¾ penuh. Ambil sikit air cendawan tadi dan tuang biar lebih sikit dari beras. Kukus dalam 30 minit.

6. Bila masak, angkat dan terbalikkan kedalam pinggan dan tabur bawang goreng..

Wednesday, December 13, 2006

Kek Fruit Pandan

Kek Fruit Pandan
Sumbangan : ayuliana

Bahan :
2 butir telur
200g gula
1/4 sudu teh garam
2 sudu teh ovalette
250g tepung gandum protein sedang (ayak 1x)
250ml santan cair
4 titik essen pandan
12 titik green colour
150g fruit

Cara :
pukul telur,gula ,garam,ovalette sampai kembang selama 10menit, masukan tepung gandum, santan,essen pandan dan green colour secara bergantian.( selang seling)pukul dgn kecepatan rendah.
last masukan fruit, kacau sampai rata.
panaskan air kukusan. tuang adunan ke loyang 20x20 cm yang disapu dengan marjerin dan alas dengan plastik.kukus selama 25 minit dengan api sedang.

Sunday, December 10, 2006

Nescafe Chocolate Moist Cake

A
200 gm Butter (klu unsalted lg bagus)
1 cwn gula kastor

B
2 cwn tepung gandum (tepung kek lagi bagus)
1/4 s/teh soda bikarbonat
1 1/2 s/teh baking powder (klu double action lg bagus)
-Ayak

C
1/2 cwn serbuk koko (coklat lg best)
1 cwn air biasa
1 s/teh coffee oil
1 s/teh nescafe
1 s/teh chocolate emulco
2 s/teh esen vanilla (vanilla paste lg best)
-Satukan semua bahan

D
3 biji telur (grade B pun boleh)

Cara:-
-Pukul A, masukkan D.
-Masukkan tepung dan air berselang seli, akhir sekali mesti tepung.
-Bakar 160 celcius, lebih kurang 50 minit.
Text merah tu kalau untuk makan sendiri boleh lah, kalau nak jual kena pandai2 kira lah.

Chocolate Topping

1/2 cwn tepung jagung
1/2 cwn serbuk koko/coklat
3/4 cwn air
1 cwn susu cair/fresh milk
1/2 s/teh nescafe
1 s/teh esen vanilla
garam secubit
100 gm butter

-campurkan semua, double boil hingga agak2 pekat, tuang kat atas kek, cara ratakan topping, sendeng2 kan je plate kek tu, agar toppingnya turun dgn sendiri, kemaskan tepinya.

Filipino Curry Puff

A
350 gm tepung gandum
150 gm shortening
50 gm butter
1/2 s/teh garam
150 ml air sejuk
50 gm brown sugar

Filling
Isi ayam/daging kisar
Bawang besar & bawang putih
Kentang didadu, rebus sekejap
125 gm Japanese Curry Powder (klu takde, curry ape2 pun boleh) bau nye memang wangi.
-Tumis macam biasa.

Cara buat doh:-
Gaul semua bahan kering A, masukkan air. Doh ini memang lembut, jd kena smpn peti sejuk sekejap 20 min, supaya senang nak canai. Bahagi doh 30 gm, buat mcam karipap biasa, tapi bila susun atas loyang, bhgan tepi yg di lipat tu sebelah atas, sapu keliling dgn kuning telur + sedikit garam. Bakar 170 celcius 25-30 minit.
Gambar curry puff ini rujuk email ayu geder di BP.




Regards,

Rodziah
Secretary

Address: Kia Lim Berhad, 79 Jalan Muar, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor, Malaysia.
Tel: (+60) 7 4186 230 or 4186 249 (ext. 53) Fax: (+60) 7 4188 600
Website: www.kialim.com. my
Kia Lim Berhad » Malaysia's leading manufacturer and exporter of Clay Facing Bricks, Paving Bricks and Roof Tiles

Pelbagai resepi



YU CHAR KWAY (CHI CHAR KWAY)
Sumber : Halimah Anang

Adunan Yis
200 gm tepung gandum
300 ml air suam
1 sudu makan instant yeast

Adunan Doh
400 ml air
2 camca teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak
600 gm tepong gandum
1 camca minyak, untuk sapu
secukup tepung untuk tabur
minyak untuk menggoreng

Untuk Adunan Yis
Gaul semua bahan hingga sebati, tutup dengan kain lembab dan biar 1-2 jam. (Jika malas nak menunggu hingga naik boleh terus dimasukkan bahan-bahan dari Adunan doh).

Masukkan air sedikit-sedikit dalam adunan yis dan kacau rata tambah baki air hingga habis, masukkan soda bikarbonate, garam dan minyak. Bubuh tepung dan gaul menjadi doh yang lembut. Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 min. Uli doh selama 10 min kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab. Biar 2 jam.

Tabur tepung atas papan pencanai, ambil doh setebal 1 cm lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Potong menjadi 20 keping, basahkan air di tengah satu potongan (gunakan lidi) kemudian lekat satu potongan lain di atasnya dan goreng hingga garing.

Peringatan: Adunan tepung ni lembik jadi perlu bermain dengan tepung.

Sambalnya:
Cili kering, gula melaka, petis, garam, cili sos, bawang putih dan sedikit air. Semua bahan di atas satukan di periuk dan dimasak hingga pekat. (Sambal boleh disediakan awal, kak limah selalu buat banyak simpan di petisejuk boleh tahan 3-4 bulan).

Kacang tanah kisar untuk taburan
limau kasturi untuk perahan.

Tambahan:
Beberapa keping tahu kering dibelah dan disumbat dengan tauge dan timun.

____________ _________ _________ _________ ______


Chakoi
Sumber : noraini@antara1. po.my

Bahan-bahan :
1kg tepung gandum
1 paket yeast segera - Mauripan
1/2 cawan gula halus
1 camcateh garam
2 sudu besar minyak jagung
2 gelas air suam atau secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya: -

* Gaulkan tepung dengan yeast, garam dan gula.
* Buatkan lubang ditengah-tengah tepung dan tuangkan minyak jagung dan air suam.
* Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan.
* Doh akan menjadi kenyal bila telah cukup diuli.
* Tutup doh dengan tuala lembap dan peram di dalam suhu bilik hingga doh mengembang dua kali ganda.
* Kemudian uli sekali lagi selama 10 atau 15 minit.
* Biarkan doh mengembang sekali lagi selama 20 minit.
* Panaskan minyak penuh dalam kuali.
* Taburkan tepung atas papan pencanai dah canaikan doh setebal 1 inci dan lebarnya 5 inci (lebih kurang).
* Celupkan pisau pemotong doh ke dalam tepung dan potong doh mengikut saiz yang dikehendaki.
* Turiskan sedikit ditengahnya tetapi jangan sampai putus.
* Terus masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng menggunakan api kecil hingga kuning.
* Hidangkan panas-panas dengan sos kastad atau lain-lain sos yang digemari.

Thursday, December 07, 2006

Peneram

Bahan-Bahan:

600 gm tepung beras

600 gm gula merah

250 ml air

Minyak untuk menggoreng



Cara membuatnya:

Masak gula merah dengan air hingga larut. Tapis dan masak semula.

Masukkan tepung ke dalam air gula yang berada dalam kuali. Kacau dan masak dengan api perlahan. Padam api dan biarkan sejuk seketika.

Ambil sedikit adunan dan buatkan bentuk dengan menggunakan jari.

Goreng hingga garing.

Wednesday, December 06, 2006

CHOCOLATE BANANA MUFFINS

Ingredients A :

2 cups flour
2 tablespoons cocoa powder
1 teaspoon bicarbonate of soda (baking soda)
1 teaspoon baking powder
a pinch of salt

Ingredients B :

1 cup mashed ripe bananas
1 cup oil
1 1/2 cups brown sugar
2 eggs ~ lightly beaten

Method :

1. Sift all the ingredients in A into a big bowl.
2. Pour in the ingredients in B and mix well with a wooden spoon.
3. Spoon the mixture into the prepared muffin cases.
4. Steam for about 30 minutes or till done.

Rendang Sotong



Bahan
500 gm sotong sederhana
1 biji kelapa
2 s/b kerisik
daun limau purut
daun kunyit [jika suka]
garam
gula
minyak

Bahan mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 batang serai
3 sm lengkuas
3 sm halia
2 sm kunyit hidup

Cara
1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak
3. amsukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.

LAKSA PAHANG




Bahan A
1 kg ikan selayang

Bahan B
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
RM1.00 udang kering @ ikan bilis

Bahan C
2 camca besar cili boh
2 camca besar serbuk cili
2 camca besar rempah kari ikan

Bahan D
1 genggam kelapa parut
3 kuntum lawang
10 kuntum cengkih
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga

Bahan E
2 keping asam
gula kerek (melaka) secukup rasa
garam secukup rasa

Bahan F
2 biji kelapa (asingkan perahan pertama - santan pekat, santan
selebihnya ikut citarasa)

1. Rebus ikan dengan sedikit air. Kemudian tuskan, airnya jgn
dibuang. Keluarkan isi ikan. Tulang2nya dikisar + air rebusan.
Tapis & ambil airnya sahaja (tulang dibuang, xde guna dah). Kisar 2 -
3 kali kerana air tulang2 ni yg akan buat kuah laksa lazat, mkn hingga
menjilat siku...... Then, kisar isi2 ikan + air kisaran tulang ikan,
ketepikan. Kalu air rebusan x cukup, boleh guna air lain tp sikit saja
tau.....

2. Bahan B dikisar, ketepikan. Manakala bahan C dicampur dgn
sedikit air. Ketepikan & suruh duduk diam2, tunggu giliran utk tumis
nanti.

3. Sementara itu, goreng semua bahan2 D (tanpa minyak) mcm kita
buat kerisik tu. Setelah kelapa agak keperangan (bukan hangus) boleh
diangkat & kisar or tumbuk jadikan kerisik.

4. Setelah semua bhn2 siap, masukkan santan pekat ke dlm periuk &
masak hingga pecah minyak. Sekali sekala kacau. Setelah itu masukkan
bahan C & bila dah agak garing, masukkan pula bahan B (kisar) tadi.
Kacau lagi hingga kelihatan garing.

5. Kemudian masukkan pula isi ikan dan santan. Bila dah masukkan
ikan hendaklah selalu dikacau nanti isi ikan mendak & mudah hangus.
Api kena kontrol. Bila dah menggelegak tu masukkan pula bahan E.

p/s: Masak kuah ni agak lama, hingga berminyak & hendaklah selalu dikacau.

ULAM (pilihlah yg mana idaman kalbu), di antaranya:
kacang panjang
timun
daun ceylon
daun kesum
bunga kantan
tauge

Hiasan Sampingan: Belacan, garam

Sambal: Lada kering + garam yang dikisar halus.

Tuesday, December 05, 2006

MANGO SHAKE

Mango Shake
1 biji mangga masak
1 cawan susu
1/2 cawan yogurt
2 sudu makan gula
1 cawan air sejuk dlm peti

Kupas kulit mangga dan blend hingga hancur. Masuk yogurt, gula, susu dan air. Blend hingga berbuih (frothy) siap untuk diminum kalau suka boleh buat macam ais blended…..cuba dan rasa sendiri kelazatannya…

Monday, December 04, 2006

Kuih Lapis Nyonya

500ml santan pekat - dari 1 biji kelapa (jangan gunakan santan kotak
nanti kuihnya tidak kilat)
1000ml santan cair
500gm gula
100gm tepung beras
1 packet tepung kanji
Secubit garam
2-3 helai daun pandan
Pewarna merah, kuning dan hijau

Caranya :-
1. Masak santan cair, gula, garam dan daun pandan hingga mendidih.
Matikan api dan biarkan ia betul-betul sejuk.
2. Satukan tepung beras dan tepung kanji. Tuang santan cair dan gaul
rata. Kemudian tuang santan pekat dan gaul hingga rata.
3. Adunan dibahagi kepada empat bahagian. Setiap bahagian mesti
dapat tiga cawan.
4. Setiap adunan diwarnakan merah, kuning, hijau dan satu biarkan
warna asal.
5. Loyang (24cm) disapu dengan minyak dan panaskan dahulu
didalam kukusan.
6. Ambil satu cawan warna asal dan tuang kedalam loyang dan
kukus hingga ia kilat. Ulang lagi sehingga aduanan warna asal
habis. ( Kesemuanya tiga lapisan).
7. Kemudian kukus pula warna hijau dan buat seperti warna asal.
Selepas warna hijau, warna kuning dan akhir sekali warna merah.
Sejukan kuihnya baru dipotong.

ROTI LAPIS DAGING




Bahan-bahannya
2 batang roti perancis yang besar
1/2 kg daging cincang (maklang guna ayam)
2 sudu teh lada putih
sedikit daun sop/bawang dihiris halus
50g mentega
3 tangkai lada hijau dihiris halus
3 tangkai lada merah dihiris halus
100g bawang goreng
1 biji kelapa (ambil 700ml santan)
2 sudu teh warna kuning
7 biji telur
2 sudu teh garam
3 biji bawang besar- potong dadu

Cara-caranya
1. Daging cincang digoreng dan ditoskan.
2. Perapkan roti bersama santan, kemudian diramas ramas sampai halus, masuk kan garam dan 3 dari 7 biji telur. Masukkan minyak bekas goreng daging tadi bersama mentega., dikacau lagi hingga rata dan bahagikan adunan roti kepada 3 bahagian.
3. Apabila sudah sejuk, masukkan bawang goreng,lada putih,daun sop & bawang, lada merah & hijau, dan bawang besar yg dah dipotong dadu, dan telur, digaul hingga rata.
4. Sediakan loyang. Masukkan roti dahulu untuk lapisan bawah dan kemudian lapiskan dengan daging, buat seterusnya hingga habis.
5. Bakar dengan menggunakan suhu 180’C selama 45 minit.

Nota: D hanya menggunakan 300 gram daging cincang dan D rasa daging sebanyak itu pun sudah memadai. Memang sedap. Cubalah

Kuih Lapis Nyonya

500ml santan pekat - dari 1 biji kelapa (jangan gunakan santan kotak
nanti kuihnya tidak kilat)
1000ml santan cair
500gm gula
100gm tepung beras
1 packet tepung kanji
Secubit garam
2-3 helai daun pandan
Pewarna merah, kuning dan hijau

Caranya :-
1. Masak santan cair, gula, garam dan daun pandan hingga mendidih.
Matikan api dan biarkan ia betul-betul sejuk.
2. Satukan tepung beras dan tepung kanji. Tuang santan cair dan gaul
rata. Kemudian tuang santan pekat dan gaul hingga rata.
3. Adunan dibahagi kepada empat bahagian. Setiap bahagian mesti
dapat tiga cawan.
4. Setiap adunan diwarnakan merah, kuning, hijau dan satu biarkan
warna asal.
5. Loyang (24cm) disapu dengan minyak dan panaskan dahulu
didalam kukusan.
6. Ambil satu cawan warna asal dan tuang kedalam loyang dan
kukus hingga ia kilat. Ulang lagi sehingga aduanan warna asal
habis. ( Kesemuanya tiga lapisan).
7. Kemudian kukus pula warna hijau dan buat seperti warna asal.
Selepas warna hijau, warna kuning dan akhir sekali warna merah.
Sejukan kuihnya baru dipotong.

** Warnanya boleh kita guna warna lain. Ikut cira rasa masing-masing* *

Friday, December 01, 2006

KASWI BANDUNG




Bahan2
300 gm tepung gandum
150 gm tepung kanji
400 gm gula melaka dimasak hingga cair
500 ml air
700 ml santan - dari 1/2 biji kelapa
150 ml air daun pandan

Bhn Serikaya
5 biji telur
180 gm tepung gandum
150 gm air gula sirap
650 gm santan pekat
30 gm tepung susu
garan dan sedikit pewarna kuning

Gaulkan rata kesemua bahan, kemudian ditapis. Kacau di atas api
sehingga naik wap dan kemudian tuangkan ke dalam loyang 12" dan kukus
selama 1/2 jam. Tuangkan serikaya dan kukus lagi selama 1/2 jam
dengan api perlahan.