Thursday, September 20, 2007
Blog Pas
Sila layari blog PAS Kawasan Batu pada alamat http://pasperlimenb atu.blogspot. com/ dan perkenalkan blog http://sanggahtoksa go.blogspot. com/
http://mzbh72. blogspot. com/2007/ 09/daurah- nuqaba-1. html
Ayam Goreng Ranggup
Ayam Goreng Ranggup
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (dipotong ikut suka)
3 biji telur (dipukul)
1 cawan beras (ditumbuk halus)
Sedikit garam
Bahan digiling halus:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
1 sudu teh lada hitam
1 sudu teh ketumbar
Cara:
Gaulkan ayam dengan bahan-bahan yang telah digiling, perapkan selama 1/2 jam.
Celupkan ke dalam telur, kemudian digolekkan ke atas beras yang telah ditumbuk halus.
Panaskan minyak dan gorenglah hingga masak.
Ayam Goreng Pedas
AYAM GORENG PEDAS
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam - dipotong 12 ketul
1 biji putih telur - dipukul
Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan untuk disalut dengan ayam :
(Bahan-bahan ini digaul semua sekali)
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar serbuk kulit kayu manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 sudu besar serbuk kari/cili
Sedikit garam
Cara:
1. Bersihkan ayam, tos dan gaulkan dengan putih telur. Kemudian gaulkan dengan tepung tadi.
2. Panaskan minyak. Setelah itu masukkan ayam yang telah siap disalut tepung ke dalam minyak panas. Goreng sehingga kekuningan.
Tambahan:
Hidangkan dengan sos cili.
Masak Paprik
Ayam & Sayuran Masak Paprik
Bahan-Bahan:
500 gm ayam dipotong kecil
Sedikit sotong, udang, daging
4 biji tomato
1 batang carrot
1 peket jagung muda
100 gm bunga kobis
100 gm brocolli
2 helai daun limau purut
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 sudu besar cili kisar
5 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
Cara:
Bawang merah,putih dan halia ditumis hingga kekuningan, kemudian masukkan cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan garam.
Masukkan sos tiram dan biar sebentar. Masukkan ayam, daging, sotong, udang dan sayuran. Biarkan hingga masak.
Masukkan daun limau purut untuk baunya. Kemudian masukkan sos cili untuk memekatkan kuah paprik
Pizza Maggi
Pizza Maggi
Bahan-Bahan:
1 Bungkus maggi
2 biji telur gred A
Sosej (ikut suka)
Carrot (dimayang halus)
Cendawan butang (hiris nipis)
Daun sup (dimayang halus)
Bawang besar (dihiris nipis)
Cara:
Celur maggi, ketepikan. Pukul telur
sehingga agak kembang.
Masukkan perencah maggi, sosej yang dipotong kecil-kecil, carot, daun sup, cendawan butang dan bawang besar serta mee maggiyang telah dicelur tadi. Gaul hingga sebati.
Goreng didalam kuali dengan menggunakan sedikit minyak (seperti menggoreng telur dadar) sehigga masak. Gunakan kuali yang bertangkai.
Cadangan Hidangan:
Makan semasa panas dan boleh dicicah
dengan sos dan mayonis.
Pisang Goreng Ala Thai
Bahan-bahan :
8 biji pisang yang ranum
1/2 cawang tepung beras
1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 teaspoon baking soda
1 cawan air
3 tablespoon santan
1/2 teaspoon garam
1 tablespoon bijan (optional)
2 tablespoons kelapa parut (optional)
2 tablespoons gula
Minyak utk menggoreng
(kalau nak goreng pisang bebanyak.. adjust je lah eh sukatan kat atas..)
Cara-cara:
Hiris pisang mcm ikut style memasing. Campurkan semua adunan kat atas.Takyah pukul adunan.. just campur je. Celup pisang dlm adunan. Then goreng dlm minyak yg panas. Angkat. Toskan sket minyak. Makan ! Senang kan ?.. hehe
Sembelihan Ahli Kitab
Sembelihan Ahli Kitab : Halalkah di makan ?
Sumber :
AL-HALAL WAL HARAM FIL ISLAM
Karya: Al Imam Dr. Yusuf al-Qardhawi
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Sembelihan syar’i: Sembelihan Ahlil Kitab (Yahudi dan Nasrani)
Kita tahu bagaimana Islam memperkeras persoalan penyembelihan dan menganggap penting persoalan ini. Hal ini adalah justeru kerana orang-orang musyrik Arab dan pengikut-pengikut agama lain telah menjadikan penyembelihan termasuk persoalan ibadah, bahkan masuk persoalan keyakinan dan pokok kepercayaan agama. Oleh kerana itu menyembelih, mereka jadikan sebagai sesuatu cara untuk berbakti kepada tuhannya, maka disembelihnya haiwan untuk berhala atau dengan menyebut nama tuhannya. Kemudian datanglah Islam menghapus cara-cara ini dan mewajibkan untuk tidak menyebut kecuali asma' Allah, serta mengharamkan haiwan yang disembelih untuk berhala dan dengan menyebut nama berhala.
Kemudian setelah ahli kitab yang semula adalah bertauhid itu telah banyak dipengaruhi oleh perasaan-perasaan syirik dan sama sekali tidak melepaskan dari kesyirikanriya yang dulu-dulu, sehingga sementara orang Islam menganggap, bahawa mereka tidak bisa lagi bergaul dan bertemu dengan mereka sebagaimana halnya terhadap orang-orang musyrik lainnya, maka Allah memberikan perkenan (rukhsah) kepada mereka untuk makan makanan ahli kitab sebagaimana halnya dalam persoalan-persoalan perkawinan. Hal ini ditegaskan Allah dalam firmanNya yang merupakan ayat terakhir, iaitu:
"Hari ini dihalalkan yang baik-baik buat kamu dan begitu juga makanan orang-orang yang pernah diberi kitab (ahli kitab) adalah halal buat kamu, dan sebaliknya makananmu halal buat mereka." (al-Maidah: 5)
Maksud ayat di atas secara ringkas: bahawa hari ini semua yang baik, halal buat kamu, kerana itu tidak ada lagi apa yang disebut: Bahirah, saibah, washilah dan ham. Dan makanan ahli kitab pun halal buat kamu sesuai dengan hukum asal di mana sama sekali Allah tidak mengharamkannya, dan sebaliknya makananmu pun halal buat mereka. Jadi kamu boleh makan haiwan yang disembelih dan diburu oleh ahli kitab, dan sebaliknya kamu boleh memberi makan ahli kitab dengan haiwan yang kamu sembelih atau yang kamu buru.
Islam bersifat keras terhadap orang musyrik tetapi terhadap ahli kitab sangat lunak dan mempermudah, kerana mereka ini lebih dekat kepada orang mu'min, sebab sama-sama mengakui wahyu Allah, mengakui kenabian dan pokok-pokok agama secara global. Justeru itu pula kita dianjurkan untuk menaruh mawaddah terhadap mereka, boleh makan makanan mereka, boleh kawin dengan wanita-wanita mereka dan bergaul dengan baik bersama mereka. Sebab kalau mereka itu sudah bergaul dengan kita dan memeluk Islam dengan penuh keyakinan dan kesadaran, mereka pun akan tahu bahawa agama kita itu justeru agama mereka juga dalam pengertian yang lebih tinggi, lebih sempurna bentuk-bentuknya dan lebih bersih lembaran-lembaranny a dari segala macam bid'ah, kebatilan dan persekutuan.
Perkataan makanan ahli kitab adalah suatu ungkapan yang bersifat umum, meliputi seluruh macam makanan: sembelihannya, biji-bijiannya dan sebagainya. Semua ini halal buat kita, selama barang-barang tersebut tidak termasuk kategori haram, kerana zatnya seperti darah, bangkai dan daging babi. Semua ini tidak boleh kita makan dengan ijma' ulama, baik barang-barang tersebut makanan ahli kitab ataupun milik orang muslim.
Sampai di sini selesailah pembicaraan kita tentang masalah haiwan yang halal dan haram. Sekarang tinggal yang perlu untuk diterangkan kepada orang-orang Islam beberapa masalah yang sangat penting, iaitu:
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Sembelihan syar’i: Sembelihan untuk gereja dan perayaan
1. Masalah pertama: Apabila tidak terdengar suara dari ahli kitab itu sebutan nama selain Allah, misalnya: Nama al-Masih dan Uzair ketika menyembelih, maka makanannya tersebut tetap halal buat orang Islam. Tetapi kalau sampai terdengar suara penyebutan nama selain Allah, maka dari kalangan ahli fiqih ada yang mengharamkannya kerana termasuk apa yang disebut uhilla lighairillah (yang disembelih bukan kerana Allah). Tetapi sementara ada juga yang berpendapat halal.
Abu Darda' pernah ditanya tentang kambing yang disembelih untuk suatu gereja yang disebut jurjas, haiwan itu mereka hadiahkan buat gereja tersebut, apakah boleh kita makan? Maka jawab Abu Darda': "Boleh." Sebab mereka itu adalah ahli kitab yang makanannya sudah jelas halal buat kita, dan sebaliknya makanan kita pun halal buat mereka. Kemudian dia suruh memakannya.
Imam Malik pernah ditanya tentang sembelihan ahli kitab untuk hari-hari besar dan gereja mereka, maka kata Imam Malik: Aku memakruhkannya dan aku tidak menganggapnya haram.
Imam Malik memakruhkannya, kerana termasuk dalam kategori wara' (berhati-hati supaya tidak jatuh ke dalam maksiat) kerana khuatir kalau-kalau dia itu termasuk ke dalam apa yang disebut haiwan yang disembelih bukan kerana Allah. Dan ia tidak mengharamkan, kerana erti dan maksud apa yang disembelih bukan kerana Allah itu menurut pendapatnya, sepanjang yang dinisbatkan kepada ahli kitab, iaitu yang disembelih untuk bertaqarrub kepada Tuhan sedang mereka (ahli kitab) itu sendiri tidak memakannya. Dan apa yang disembelih dan dimakan adalah termasuk makanan mereka, sedang dalam hal ini Allah telah menegaskan: "Bahawa makanan ahli kitab itu halal buat kamu."
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Sembelihan syar’i: Sembelihan dengan elektrik
2. Masalah kedua: Apakah penyembelihan mereka itu dipersyaratkan seperti penyembelihan kita juga, iaitu dengan pisau yang tajam dan dilakukan pada leher haiwan?
Kebanyakan para ulama berpendapat demikian. Tetapi menurut fatwa pengikut-pengikut madzhab Imam Malik, bahawa yang demikian itu tidak termasuk persyaratan.
Al-Qadhi Ibnu Arabi berkata ketika menafsiri ayat 5 surah al-Maidah itu sebagai berikut: Ini suatu dalil yang tegas, bahawa haiwan buruan dan makanan ahli kitab itu adalah termasuk makan yang baik-baik (thayyibaat) yang telah dihalalkan Allah dengan mutlak. Allah mengulang-ulanginya itu hanyalah bermaksud untuk menghilangkan keragu-raguan pertentangan- pertentangan yang timbul dari perasaan-perasaan yang salah, yang memang sering menimbulkan suatu pertentangan dan memperpanjang omongan.
Saya pernah ditanya tentang seorang Kristian yang membelit leher ayam kemudian dimasaknya, apakah itu boleh dimakan atau diambil sebagian daripadanya sebagai makanan? Maka jawab saya: Boleh dimakan, kerana dia itu termasuk makanannya dan makanan pendeta dan pastor, sekalipun ini menurut kita tidak termasuk penyembelihan, namun Allah telah menghalalkan makanan mereka itu secara mutlak. Makanan apapun yang dibenarkan oleh agama mereka bererti halal buat kita, kecuali yang memang oleh Allah telah didustakan.
Ulama-ulama kita pernah berkata: Mereka telah menyerahkan wanita-wanita mereka kepada kita untuk dikawin dan halal kita setubuhi, mengapa penyembelihannya tidak boleh kita makan, sedang makan tidak sama dengan setubuh, halal dan haramnya.
Demikian pendapat Ibnul-Arabi.
Kemudian di tempat lain ia berkata lagi: Mereka tidak makan yang bukan kerana disembelih, misalnya dengan dicekik dan dipukul kepalanya (dengan tidak bermaksud menyembelih, kerana itu haiwan tersebut termasuk bangkai yang haram).
Kedua pendapat beliau ini tidak bertentangan, sebab yang dimaksud ialah: Apa yang mereka anggap sebagai penyembelihan, bererti halal buat kita sekalipun menurut kita sembelihannya itu tidak benar. Dan apa yang mereka anggap itu bukan sembelihan, tidaklah halal buat kita.
Dengan demikian, menurut mafhum musytarak apa yang disebut penyembelihan, iaitu bermaksud menyabung nyawa haiwan dengan niat untuk halalnya memakan haiwan tersebut.
Ini adalah pendapat ulama-ulama Malikiyah.
Dengan bercermin kepada apa yang telah kami sebutkan di atas, maka kita dapat mengetahui hukumnya daging-daging yang diimport dari negara-negara yang penduduknya majoritas ahli kitab, seperti ayam, corned sapi, yang semua itu kadang-kadang disembelih dengan menggunakan tenaga elektronik dan sebagainya. Selama haiwan-haiwan tersebut oleh mereka dianggapnya sebagai sembelihan, maka jelas halal buat kita, sesuai dengan umumnya ayat.
Adapun daging-daging yang diimport dari negara-negara Komunis, tidak boleh kita makan. Sebab mereka itu bukan ahli kitab, bahkan mereka adalah kufur dan anti kepada semua agama dan menentang Allah serta seluruh risalahnya.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Sembelihan syar’i: Sembelihan Majusi dan yang seumpamanya
Para ulama berbeza pendapat tentang penyembelihan orang Majusi. Kebanyakan mereka berpendapat tidak boleh memakannya kerana mereka termasuk orang musyrik.
Sedang yang lain berpendapat halal kerana Nabi s.a.w. pernah bersabda:
"Perlakukanlah mereka itu seperti perlakuan terhadap ahli kitab." (Riwayat Malik dan Syafi'i)
“Dan Nabi sendiri pernah menerima upeti dari Majusi Hajar.“ (Riwayat Bukhari).
Oleh kerana itu, Ibnu Hazim berkata di bab penyembelihan dalam kitabnya Muhalla: "Mereka itu adalah ahli kitab, oleh kerana itu mereka dihukumi seperti hukum yang berlaku untuk ahli kitab dalam segala hal." (Lihat juz 7: 456).
Dan shabiun (penyembah haiwan) oleh Abu Hanifah dianggap sebagai ahli kitab juga.
Bab 2.1: Makanan dan Minuman: Sembelihan syar’i: Qa’idah – Apa yang ghaib dari kita, jangan kita tanyakan mengenainya
Tidak menjadi kewajiban seorang muslim untuk menanyakan hal-hal yang tidak disaksikan, misalnya: Bagaimana cara penyembelihannya? Terpenuhi syaratnya atau tidak? Disebut asma' Allah atau tidak? Bahkan apapun yang tidak kita saksikan sendiri tentang penyembelihannya baik dilakukan oleh seorang muslim, walaupun dia bodoh dan fasik, ataupun oleh ahli kitab, semuanya adalah halal buat kita.
Sebab, seperti apa yang telah kita sebutkan di atas, iaitu ada suatu kaum yang bertanya kepada Nabi: "Bahawa ada satu kaum yang memberinya daging, tetapi kita tidak tahu apakah disebut asma' Allah atau tidak. Maka jawab Nabi: Sebutlah asma' Allah atasnya dan makanlah," (Riwayat Bukhari).
Berdasar hadis ini para ulama berpendapat, bahawa semua perbuatan dan pengeluaran selalu dihukumi sah dan baik, kecuali ada dalil (bukti) yang menunjukkan rusakan batalnya perbuatan tersebut.
Chicken Chop
Chicken Chop
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun parsli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)
Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
½ batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
Cara:
Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam. Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan
Potato Wedges
Potato Wedges
Bahan-Bahan:
4 biji kentang
2 biji putih telur(tidak perlu dipukul)
Sedikit Garam
Cara:
Panaskan oven kepada 425ÂșC.
Potong kentang kepada bentuk wedges.
Masukkan kentang yg telah dipotong kedalam putih telur yang tidak dipukul tadi dan letakkan diatas non-stick pan.
Taburkan sedikit garam dan masak hingga 25 minit sehingga warnanya bertukar menjadi coklat keemasan.
Monday, January 08, 2007
KUEH LAPIS MERAH
Bahan-bahan A:
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam
pewarna merah
Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
1 1/2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
2 s/b tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 s/k garam
pewarna merah
Cara:
1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.
2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.
4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yg akan digunakan.
5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.
6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.
7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.
8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.
Sunday, January 07, 2007
Horse Shoe Roll
A
5 biji telur
5 biji kuning telur
275gm gula castor
1 sudu makan Ovalette/Quick 75
B
110gm Tepung Gandum
10 gm Susu Powder
1 sudu teh Baking Powder
C
135 gm Butter – dicairkan & disejukkkan
D
Nutella untuk disapu
Cara
Pukul telur ngan gula sampai kembang. Masukan Ovalette dan pukul lagi. Bahan B diayak dan dicampur ke Bahan A. Last sekali masukkan butter.
Adunan dibahagi 2. Satu maintain putih, lagi satu campur ngan chocolate emulco.
Alas loyang 12X12 ngan tracing paper yg diminyakkan. Tuangkan adunan choc dulu & ratakan. Kendian tuang adunan yg plain.
Bakar at 180C sampai masak (time dunno sebab mak sy cakap dia bakar sampai masak, dia tak tgk masa). Dia kata tengok sampai lekang angkat lah.
Pas angkat trus kuarkan dari loyang & potong dua. Lekang2 kan dari tracing papar dan letak atas tracing paper yg baru. Maintain yg choc layer kat bawah yaa. Kendian tuangkan nuttela kat tengah2 dan lipat dua…ala2 cam bentuk horse shoe lah. Bungkus ngan tracing paper & selotapte kan. Simpan dalam fridge kendian baru makan. Satu adunan bleh dapat 2 kek.
5 biji telur
5 biji kuning telur
275gm gula castor
1 sudu makan Ovalette/Quick 75
B
110gm Tepung Gandum
10 gm Susu Powder
1 sudu teh Baking Powder
C
135 gm Butter – dicairkan & disejukkkan
D
Nutella untuk disapu
Cara
Pukul telur ngan gula sampai kembang. Masukan Ovalette dan pukul lagi. Bahan B diayak dan dicampur ke Bahan A. Last sekali masukkan butter.
Adunan dibahagi 2. Satu maintain putih, lagi satu campur ngan chocolate emulco.
Alas loyang 12X12 ngan tracing paper yg diminyakkan. Tuangkan adunan choc dulu & ratakan. Kendian tuang adunan yg plain.
Bakar at 180C sampai masak (time dunno sebab mak sy cakap dia bakar sampai masak, dia tak tgk masa). Dia kata tengok sampai lekang angkat lah.
Pas angkat trus kuarkan dari loyang & potong dua. Lekang2 kan dari tracing papar dan letak atas tracing paper yg baru. Maintain yg choc layer kat bawah yaa. Kendian tuangkan nuttela kat tengah2 dan lipat dua…ala2 cam bentuk horse shoe lah. Bungkus ngan tracing paper & selotapte kan. Simpan dalam fridge kendian baru makan. Satu adunan bleh dapat 2 kek.
Wednesday, January 03, 2007
CHOCOLATE CAKE
EGGLESS - CHOCOLATE CAKE-Rnet
Bahan-bahannya
3 cawan tepung serbaguna
2 cawan gula
6 sudu besar serbuk koko
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 cawan air
2/3 cawan minyak sayuran
2 sudu teh cuka (cuka putih untuk masak)
2 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya
Dalam bekas campurkan kesemua lima bahan pertama dan pukul hingga sebati. Masukkan air dan minyak, cuka dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan perlahan selama 1 minit dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 1 minit. Tuankan adunan pada loyang pembakar 13" x 9" yang telah dilenser. Bakar pada suhu 350 degree F (175 darjah C) selama 40 -45 minit atau sehingga lidi yang dicucuk keluar bersih. Sejukkan sebelum dihidang.
p/s : kek ni muai sebab pakai 3 cwn tepung
Bahan-bahannya
3 cawan tepung serbaguna
2 cawan gula
6 sudu besar serbuk koko
2 sudu teh serbuk penaik
1 sudu teh garam
2 cawan air
2/3 cawan minyak sayuran
2 sudu teh cuka (cuka putih untuk masak)
2 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya
Dalam bekas campurkan kesemua lima bahan pertama dan pukul hingga sebati. Masukkan air dan minyak, cuka dan esen vanilla. Pukul pada kelajuan perlahan selama 1 minit dan kemudian pada kelajuan sederhana selama 1 minit. Tuankan adunan pada loyang pembakar 13" x 9" yang telah dilenser. Bakar pada suhu 350 degree F (175 darjah C) selama 40 -45 minit atau sehingga lidi yang dicucuk keluar bersih. Sejukkan sebelum dihidang.
p/s : kek ni muai sebab pakai 3 cwn tepung
Tuesday, January 02, 2007
Kek Tapak Kuda
Bahan
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225g gula castor
110g tepung gandum atau tepung halus
10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
135ml mentega cair
1 sudu makan rata penstabil
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perasa coklat
1/2 sudu teh serbuk penaik
coklat nutella atau pes kacang hazel
Cara membuat
1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan masukkan ke dalam beg pipping.
4. Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Picitkan adunan dari beg pipping.
5. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.
6. Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225g gula castor
110g tepung gandum atau tepung halus
10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
135ml mentega cair
1 sudu makan rata penstabil
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perasa coklat
1/2 sudu teh serbuk penaik
coklat nutella atau pes kacang hazel
Cara membuat
1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan masukkan ke dalam beg pipping.
4. Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Picitkan adunan dari beg pipping.
5. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.
6. Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.
Monday, January 01, 2007
Sunday, December 31, 2006
Subscribe to:
Posts (Atom)