Bahan-bahan:
200 g kepingan roti putih
4 sudu besar mentega
60 g buah-buahan campuran kering
Sos kastad
600 ml susu segar
4 biji telur
60 g gula caster
Cara membuat:
Griskan acuan tahan oven yang bersaiz 1.2 liter.
Roti di sapu dengan butter (dibuang tepinya jika suka) dan di potong 2 menjadi 3 segi.
Susun separuh daripada roti di dalam acuan, bahagian yg disapu mentega mengadap di atas. Taburkan separuh buah-buahan atas roti.
Kemudian susun separuh lagi roti diatas buah-buahan kering tadi. Lepas itu di tabur baki buah-buahan kering atas roti.
Untuk membuat sos kastad, susu dipanaskan diatas api tetapi jgn sampai mendidih.
Pukul telur bersama gula, kemudian di masukkan ke dalam susu yang masih suam sambil dikacau rata.
Tapis sos kastad dan curahkan sos tadi ke atas roti sehingga sekata
Biarkan selama 30 minit. Masukkan acuan ke dalam dulang pembakar yang mengandungi air panas.
Masukkan ke dalam oven dan bakar pada suhu 200 darjah celcius selama 40-45 minit atau sehingga masak
Saturday, November 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment