Krim Paff
Pastry
250ml air
125g butter
150g tepung - diayak
¼ st garam
1 st gula
4 biji telur
1. Didihkan air dan butter hingga cair. Kemudian masukkan tepung yang diayak. Gaul sebati hingga adunan tidak melekat di periuk. Angkat dan sejukkan.
2. Bila sejuk pukul sedikit and masukkan telur sebijik sebijik. Bakar 25 minit dgn suhu 200˚C atau sehingga kekuningan.
Custard
500ml susu segar
100g gula
80g tepung custard
Hangatkan susu dan gula atas api sederhana. Masukkan tepung kastard and kacau sehingga pekat
CREAM PUFF
Sumber : Halimah Anang
Pastri:
8 ozs mentega
8 ozs tepong gandum
2 tsp baking powder
16 ozs air sejuk
7 biji telor ayam
sedikit vanilla essence
Intinya:
8 ½ sudu makan custard (Bird's Custard)
200 gm gula pasir
1 biji telor ayam (optional)
8 sudu sudu pekat
1 tin susu cair
4 atau 5 gelas air sejuk
sedikit essence vanilla
Peraturannya:
Air dimasak hingga mendidih, kemudian masukkan mentega biarkan hingga cair dan mendidih sekali lagi, baru masukkan tepung gandum dan dikacau kuat-kuat. Kemudian diangkat dan disejukkan. Setelah sejuk sedikit masukkan telor yang sudah dipukul kembang dan dikacau lagi hingga berkilat. Kemudian dimasukkan dalam piping bag dan dipicit diloyang dan bakar. Potong puff masukkan intinya.
Saturday, November 18, 2006
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment