Wednesday, December 06, 2006

LAKSA PAHANG




Bahan A
1 kg ikan selayang

Bahan B
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
RM1.00 udang kering @ ikan bilis

Bahan C
2 camca besar cili boh
2 camca besar serbuk cili
2 camca besar rempah kari ikan

Bahan D
1 genggam kelapa parut
3 kuntum lawang
10 kuntum cengkih
1 batang kulit kayu manis
5 biji buah pelaga

Bahan E
2 keping asam
gula kerek (melaka) secukup rasa
garam secukup rasa

Bahan F
2 biji kelapa (asingkan perahan pertama - santan pekat, santan
selebihnya ikut citarasa)

1. Rebus ikan dengan sedikit air. Kemudian tuskan, airnya jgn
dibuang. Keluarkan isi ikan. Tulang2nya dikisar + air rebusan.
Tapis & ambil airnya sahaja (tulang dibuang, xde guna dah). Kisar 2 -
3 kali kerana air tulang2 ni yg akan buat kuah laksa lazat, mkn hingga
menjilat siku...... Then, kisar isi2 ikan + air kisaran tulang ikan,
ketepikan. Kalu air rebusan x cukup, boleh guna air lain tp sikit saja
tau.....

2. Bahan B dikisar, ketepikan. Manakala bahan C dicampur dgn
sedikit air. Ketepikan & suruh duduk diam2, tunggu giliran utk tumis
nanti.

3. Sementara itu, goreng semua bahan2 D (tanpa minyak) mcm kita
buat kerisik tu. Setelah kelapa agak keperangan (bukan hangus) boleh
diangkat & kisar or tumbuk jadikan kerisik.

4. Setelah semua bhn2 siap, masukkan santan pekat ke dlm periuk &
masak hingga pecah minyak. Sekali sekala kacau. Setelah itu masukkan
bahan C & bila dah agak garing, masukkan pula bahan B (kisar) tadi.
Kacau lagi hingga kelihatan garing.

5. Kemudian masukkan pula isi ikan dan santan. Bila dah masukkan
ikan hendaklah selalu dikacau nanti isi ikan mendak & mudah hangus.
Api kena kontrol. Bila dah menggelegak tu masukkan pula bahan E.

p/s: Masak kuah ni agak lama, hingga berminyak & hendaklah selalu dikacau.

ULAM (pilihlah yg mana idaman kalbu), di antaranya:
kacang panjang
timun
daun ceylon
daun kesum
bunga kantan
tauge

Hiasan Sampingan: Belacan, garam

Sambal: Lada kering + garam yang dikisar halus.

No comments: