Sunday, December 10, 2006

Pelbagai resepi



YU CHAR KWAY (CHI CHAR KWAY)
Sumber : Halimah Anang

Adunan Yis
200 gm tepung gandum
300 ml air suam
1 sudu makan instant yeast

Adunan Doh
400 ml air
2 camca teh soda bikarbonate
1 sudu teh garam
2 sudu makan minyak
600 gm tepong gandum
1 camca minyak, untuk sapu
secukup tepung untuk tabur
minyak untuk menggoreng

Untuk Adunan Yis
Gaul semua bahan hingga sebati, tutup dengan kain lembab dan biar 1-2 jam. (Jika malas nak menunggu hingga naik boleh terus dimasukkan bahan-bahan dari Adunan doh).

Masukkan air sedikit-sedikit dalam adunan yis dan kacau rata tambah baki air hingga habis, masukkan soda bikarbonate, garam dan minyak. Bubuh tepung dan gaul menjadi doh yang lembut. Uli hingga adunan licin dan tutup dengan tuala lembab selama 30 min. Uli doh selama 10 min kemudian sapu permukaan dengan minyak dan tutup sekali lagi dengan tuala lembab. Biar 2 jam.

Tabur tepung atas papan pencanai, ambil doh setebal 1 cm lebar 10 cm dan panjang 30 cm. Potong menjadi 20 keping, basahkan air di tengah satu potongan (gunakan lidi) kemudian lekat satu potongan lain di atasnya dan goreng hingga garing.

Peringatan: Adunan tepung ni lembik jadi perlu bermain dengan tepung.

Sambalnya:
Cili kering, gula melaka, petis, garam, cili sos, bawang putih dan sedikit air. Semua bahan di atas satukan di periuk dan dimasak hingga pekat. (Sambal boleh disediakan awal, kak limah selalu buat banyak simpan di petisejuk boleh tahan 3-4 bulan).

Kacang tanah kisar untuk taburan
limau kasturi untuk perahan.

Tambahan:
Beberapa keping tahu kering dibelah dan disumbat dengan tauge dan timun.

____________ _________ _________ _________ ______


Chakoi
Sumber : noraini@antara1. po.my

Bahan-bahan :
1kg tepung gandum
1 paket yeast segera - Mauripan
1/2 cawan gula halus
1 camcateh garam
2 sudu besar minyak jagung
2 gelas air suam atau secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Cara-caranya: -

* Gaulkan tepung dengan yeast, garam dan gula.
* Buatkan lubang ditengah-tengah tepung dan tuangkan minyak jagung dan air suam.
* Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan.
* Doh akan menjadi kenyal bila telah cukup diuli.
* Tutup doh dengan tuala lembap dan peram di dalam suhu bilik hingga doh mengembang dua kali ganda.
* Kemudian uli sekali lagi selama 10 atau 15 minit.
* Biarkan doh mengembang sekali lagi selama 20 minit.
* Panaskan minyak penuh dalam kuali.
* Taburkan tepung atas papan pencanai dah canaikan doh setebal 1 inci dan lebarnya 5 inci (lebih kurang).
* Celupkan pisau pemotong doh ke dalam tepung dan potong doh mengikut saiz yang dikehendaki.
* Turiskan sedikit ditengahnya tetapi jangan sampai putus.
* Terus masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng menggunakan api kecil hingga kuning.
* Hidangkan panas-panas dengan sos kastad atau lain-lain sos yang digemari.

No comments: