Saturday, November 18, 2006

Pelbagai Resepi

Tom Yam Ayam Merah

Bahan-bahan:
1 mangkuk ayam, dipotong kecil
2 mangkuk air (nak lebih kick, gunakan air rebusan ayam)
2 cm halia, diketuk
4-5 biji bawang putih
4 batang serai, diketuk
1 batang akar ketumbar, diketuk
10 biji cili api, ditumbuk kasar-kasar (terpulang pada citarasa)
2 biji limau nipis, ambil air (ikut citarasa)
2-3 helai daun limau purut
1 biji bawang besar, potong 6
2-3 biji tomato, belah 4
2 cili merah dan hijau, belah 4 (atau beberapa biji cili api sebiji-biji)
Sedikit broccoli atau bunga kobis (lain-lain seperti babycorn, celery, cendawan, carrot & snowpeas)
Daun bawang (bahagian umbut sahaja - kira-kira 3cm dari pangkal)
Paste tomyam 2 sudu makan
Sos nampla / fish sauce
Garam dan serbuk perasa (jika perlu)
Sedikit gula - jika suka
Daun ketumbar utk hiasan (boleh gantikan daun saderi)

Cara-cara memasak:
1. Didihkan air rebusan, masukkan bawang putih, halia, serai dan akar daun ketumbar.
2. Masukkan ayam. Bila empuk, masukkan garam, gula, sos nampla dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa. Tambahkan cili api, air limau nipis, daun limau purut dan buah tomato dan sayur-sayuran.
3. Akhir sekali, masukkan paste tomyam dan tutup periuk. Padamkan api. Tunggu 10 minit, baru dibuka.
4. Taburkan daun ketumbar dan sedia untuk dihidangkan.

Note:
Resipi ini boleh diubahsuai ikut selera sendiri. Gunakan bahan asas yang sama untuk memasak tomyam Seafood, ikan merah dan lain-lain)

Tom Yam Asli

Bahan-bahan

Semangkuk kecil isi daging ayam (dipotong dadu)

2 biji tomato (ambil sebiji yang sudah merah tua, dipotong dadu, sebiji lagi muda di belah 4)

½ batang lobak merah – dihiris nipis

4 putik jagung (dibelah 4)

Sedikit kobis bunga- potong kecil

1 inci halia - diketuk

3 batang serai - diketuk

2 pelepah daun kesum

Daun sup & daun bawang (untuk hiasan)

3-4 helai daun limau purut

Sebiji bawang besar - potong membulat

Sebiji limau nipis (ambil jus-jika suka)

2 sudu gula pasir

Garam secukup rasa

1 senduk minyak untuk tumis

3 gelas air atau lebih



Bahan untuk ditumbuk

5-6 biji cili api warna merah (jenis panjang)

2 ulas bawang merah

Seulas bawang putih

Sedikit garam



Cara masak

1. Masukkan minyak dan bahan yang telah ditumbuk dalam periuk. (jangan panaskan minyak awal2) . Nyalakan api kecil.

2. Masukkan sebiji tomato merah yang telah dipotong dadu kecil.

3. Masukkan serai dan halia yang sudah di ketuk. Biarkan merenih selama kira-kira 5-7 minit. Kacau sekali sekala supaya tak hangit. (jika cara masak betul, tumisan tak kan menyebabkan bersin, jadi api mesti kecil)

4. Masukkan ayam dan ½ cawan air. Gaul dan tutup periuk. Biarkan sampai daging ayam empuk (15 minit). Gunakan api sederhana.

5. Masukkan putik jagung ,bunga kobis dan air (3 gelas). Biarkan air menggelegak.

6. Masukkan lobak merah, tomato muda (potong 4), Daun limau purut, daun kesum dan bawang besar. Tutup periuk selama 2-3 minit.

7. Akhir sekali masukkan garam , gula , cili api yang tidak dipotong dan air juz limau nipis. Matikan api dan tutup periuk.

8. Taburkan daun sup dan daun bawang semasa menghidang.

Sedap dihidang dengan sambal belacan, timun dan sayur kailan. Jus limau nipis hanya untuk menambah kemasaman, jika ada masalah sakit gastrik tak digalakkan.

Tom Yam

Bahan-bahan

2 ulas bawang putih (ketuk hancur)

Air rebusan tulang ayam

Udang, isi ayam dan sotong, kalau nak lauk lebih, boleh tambah

Celery/carrot->potong

2 biji tomato

Cili boh

Bawang besar potong memanjang

4 batang serai diketuk

Cili padi (ikut suka - nak pedas, letak lebih)

2 helai daun limau purut (pilih daun yg hijau pekat..jangan ambik daun hijau muda sebab kurang cantik)

Kicap sotong, gula pasir dan cuka/perahan limau nipis ikut rasa

Cara Membuatnya

1. Tumis bawang putih. Apabila sudah garing masukkan cili boh dalam sesudu supaya tomyam bewarna merah.

2. Masukkan serai dan tomato yang telah dihiris. Tekan-tekan tomato biar hancur.

3. Kemudian masukkan lauk-lauk tadi. Tambah air rebusan dalam setengah cawan. Biar ayam/udang dll atas api seketika.

4. Kemudian masukkan air rebusan tulang ayam.

5. Masukkan celery dan daun limau purut beserta cili.

6. Kemudian masukkan sedikit garam, cuka dan gula. Biarkan mendidih

7. Dalam mangkuk hidangan masukkan kicap sotong dan perahan limau nipis.

8. Masukkan tomyam yang sudah siap tadi. Sesuaikan rasa. Boleh dihidangkan.

Tips :-

Petuanya kicap sotong dan air limau jgn sesekali dimasukkan dalam tomyam atas api.

Tom Yam tanpa Paste

Bahan-bahan

(takder sukatan - ikut kegemaran)

Bawang putih (ketuk) - letak byk baru umppphhhhh

Serai - Ketuk

Lengkuas - ketuk

Cili padi yg merah - ketuk

Tomato ranum - potong baji

Bawang besar - potong baji

Daun limau purut - carik2 dan bahan tomyam yang lain

Air secukupnya

Air limau nipis

Cara Membuatnya

1. Didihkan semua bahan yang diketuk/carik, bawang besar dan tomato dengan air.

2. Masukkan sayur-sayuran yang keras, ayam atau daging dan masak hingga empuk.

3. Perisakan dan perah assam limau. Kalau suka boleh tabur daun sup.

Warna tomyam tu akan jadi warna jernih dan agak cair.
Tom Yam

Bahan-bahan

2 batang serai(ditumbuk)

2 labu bawang besar(dibelah enam)

1 kiub perasa tom yam

2 camca besar air asam limau nipis

4 helai daun limau purut

4 biji cili hidup(ditumbuk)

2 biji tomato(dibelah enam)

2 camca besar cili boh atau cili serbuk

Gula dan garam secukup rasa

Cara Menyediakan

Panaskan air dan masukkan cili boh. Kemudian masukkan daun limau purut, bawang besar, serai dan cili hidup. Masukkan perasa tom yam, gula, garam dan air asam limau nipis. Kacau hingga rata. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.
Tom Yam

Bahan-bahan Paste

150 g cili kering dikisar

50 g udang kering dikisar

50 g belacan

50 g asam jawa dibancuh dengan sedikit air

50 g bawang putih dikisar

50 g bawang merah dikisar

50 g gula

25 g garam

25 ml perahan limau nipis

Minyak untuk menggoreng

Cara membuat paste

1. Campurankan cili kering, asam jawa dan perahan limau nipis.

2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau.

3. Masukkan udang kering dan belacan. Goreng hingga kekuningan.

4. Masukkan campuran cili kering tadi dan diikuti dengan garam dan gula.

5. Goreng hingga pecah minyak dan tidak terlalu garing.

Ia akan menghasilkan lebih kurang 1/2 kilo paste. Sejukkan dan simpan di dalam peti ais.

Bahan-bahan Tom Yam

1 ekor ayam. Isinya diambil manakala tulangnya direbus untuk diambil stoknya.

1/2 kilo udang

1/2 kilo sotong

100 g cendawan tiram

2 biji tomato

2 biji bawang besar

1 tangkai daun bawang dihiris nipis

3 batang akar daun ketumbar

2 batang serai

10 keping daun limau purut

150 g lengkuas

100 g cili padi

25 g paste tomyam di atas

50 ml sos ikan

25 ml susu sejat

Gula dan garam dan perahan limau nipis secukup rasa

Daun ketumbar mengikut rasa

Cara membuatnya

1. Masukkan ayam, sotong dan udang ke dalam stok ayam tadi bersama-sama lengkuas, serai dan akar daun ketumbar.

2. Kemudian masukkan bawang, tomato dan cendawan.

3. Masukkan tomyam paste.

4. Kemudian masukkan sos ikan, susu sejat.

5. Masukkan perahan limau nipis, garam dan gula mengikut citarasa.

No comments: